Assalamualaikum,
Hai korang! Hari ni I nak review satu produk yg sangat awesome, iaitu Ginvera Marvel Gel. Gel ni ialah gel pengelupasan yg mengelupas kulit korang DENGAN LEMBUT DAN TAK SAKIT. I beli ni kat watsons. I tengok banyak review yg sgt best so dengan terujanya, I pun ambil duit dan terus ke watsons untuk beli. Kalau korang nak tau harganya, boleh klik dekat website watsons atau guardian ataupun kalau korang rajin, angkat kaki dan pergilah ke farmasi yg berdekatan.
Inilah rupanya.I beli yg kecil dulu sebab nak test (dan sebab nak jimat duit). Nanti baru I beli yg saiz besar. I akan review dari hujung rambut sampai hujung kaki (wahh, ada kaki ke? hihihi.)
PACKAGING : I rasa taklah menarik sangat pun. Biasa2 je macam tiub yg lain. I rasa warna hijau sangat sesuai dengan produk ni. Tenang je mata memandang.
As you girls can see, penutup dia sama je macam tiub yg korang nampak kat kedai. Tiada apa yg istimewa pun.
TEXTURE : Tekstur dia sama macam gel biasa, tapi hati-hati kalau guna jari. Sebab gel ni agak licin. Dah banyak kali gel tu terjatuh, dah membazir. Kalau korang sapu kat muka, korang akan nampak kulit korang akan terkumpul tanpa korang sedar.
Gel dia warna hijau cair. Mungkin sebab bahan dia kot.
Nampak tak yg mcm biji2 warna hijau and putih sikit tu? Hah, yg tulah sel kulit mati korang. Memang agak geli, tapi sangat memuaskan sebab dapat tengok sendiri kulit korang yg korang kupas.
Bau : Bau dia wangi macam bau teh herba tapi tak kuat sangat. I suka sangat bau dia. Tenang je rasa bila sapu kat muka.
Hasil : Hasil dia sangat memuaskan! I suka sangat bila dapat tengok kulit sendiri yg dh dikupas daripada guna scrub muka yg entah boleh tanggalkan sel kulit ke tak sebab kita tak nampak. Lepas bilas muka dengan air, muka rasa soft je, lagi2 bahagian hidung yg penuh dengan kotoran. Kalau korang letak krim lepas guna ni, krim tu akan cepat je serap. Gel ni tak kuat sangat so boleh guna hari2.
Komen : I suka sangat produk ni. Dia tak keringkan muka and mesra pengguna. Ohh ya, produk ni sebenarnya khas untuk kulit berminyak macam I, tp I rasa kulit yg kering and sensitif pun boleh kot sebab dia tak harsh. Tapi untuk keselamatan, korang beli dulu botol yg kecil and try kat muka. Kalau ok boleh teruskan. I cuma ada 1 komen je, kalau boleh gel ni letaklah dalam bentuk pump, lebih menarik. Dan yes, yes and YES, I akan beli lg kalau dah habis, kecuali kalau I dah jumpa yg lebih baik, hihihi.
Oklah korang, dah penat tangan ni menaip. Kita jumpa lagi yerr. Baiii. Pyong!!!
DISCLAIMER : Post ini TIDAK di sponsored by Ginvera. Semuanya adalah jujur dan ikhlas dari hati. Tapi kalau nak sponsored, boleh email I ok ♡♡♡.
No comments:
Post a Comment